Wednesday, November 5, 2014

TERMITES CONTROL - DAUN PEST CONTROL AND HYGIENE SERVICES KAWALAN ANAI-ANAI - DAUN PEST CONTROL AND HYGIENE SERVICES

TERMITES CONTROL - DAUN PEST CONTROL AND HYGIENE SERVICES
KAWALAN ANAI-ANAI -  DAUN PEST CONTROL AND HYGIENE SERVICES


Kawalan Anai-anai


Sistem Umpanan sangat berkesan kepada bangunan yang besar dan mempunyai struktur yang sangat kuat. Tidak perlu melakukan kerja-kerja menebuk lantai dan merosakkan nya.


Untuk kerja-kerja kawalan anai-anai menggunakan kaedah tebuk lantai "drilling method" akan menyusahkan pemilik bangunan dan perlu ada masa untuk kerja pembersihan. akan tetapi, keberkesanan nya terjamin juga.


1. Apakah yang perlu saya lakukan jika terjumpa anai-anai?

Apabila anda menjumpai anai-anai. Pasti kan rupa dan bentuk anai-anai itu tepat, iaitu mempunyai terowong laluan anai-anai. Ia adalah paling mudah untuk dikenalpasti.


2. Bagaimanakah bentuk dan warna terowong anai-anai itu?

Terowong anai-anai diperbuat daripada tanah berwarna coklat atau coklat gelap.


3. Pernah nampak fizikal dan terowong anai-anai itu. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?
Jika anda terjumpa terowong anai-anai atau ternampak fizikal dan aktiviti anai-anai. Anda mempunyai 2 pilihan. 
i. Melakukan kawalan perosak sendiri.
ii. Hubungi syarikat makhluk perosak.


4. Apa perbezaan antara kawalan perosak mengunakan kaedah sendiri dan menghubungi syarikat perosak yang berdaftar?
i. Kawalan perosak - kaedah sendiri 
- Anda tidak perlu panik dan risau. Racun anai-anai ada dijual di kedai hardware atau kedai menjual racun perosak dan rumpai. Kedai itu, hanya menjual racun anai-anai jenis cecair dan label nya tertulis "untuk kawalan anai-anai". Isi kandungan biasa nya, bahan kimia seperti "Chorpyrifos". Biasa banyak terdapat di kedai-kedai hardware di Malaysia. Anda perlu mengikut aturan pengguna racun tersebut. Perlu diingat, "Chorpyrifos" adalah bahan kimia yang racun kelas II. Pastikan anda memakai alat keselamatan diri sebaik mungkin.

ii. Syarikat kawalan perosak berdaftar.
- Syarikat mempunyai kakitangan yang terlatih tentang perosak, hampir 70%-85% kakitangan mereka mempunyai kepakaran menangani masalah anai-anai. Syarikat akan memberikan waranti kawalan anai-anai yang akan melegakan banyak pihak (pelanggan). Pelanggan tidak perlu risau, sekiranya anai-anai datang semula menyerang harta anda. Syarikat akan melakukan follow up dan pemeriksaan di bangunan dan harta anda. Tetapi perlu di ingatkan waranti bukan satu "jaminan" anai-anai terhapus 100%. Ia bergantung kepada faktor persekitaran rumah dan bangunan anda. Akan tetapi, syarikat akan lebih bertanggung jawab jika anda/pelanggan menghubungi semula tentang masalah perosak anai-anai. Cecair racun yang digunakan oleh syarikat antara nya, Chorpyrifos, Imidaclorpid dan yang terbaru Filpronil.


Selain daripada Drilling System / Sistem Tebuk Lantai, adakah pilihan kaedah kawalan anai-anai yang lain?
Ya, ada. Iaitu Sistem Umpanan (sistem pintasan umpanan) atau di kenali Termites Baiting System. Kaedah Sistem Umpanan / Termites Baiting System suatu kaedah yang amat popular saat ini. Ini kerana kaedah ini sangat fleksibel dan tidak merosakkan harta dan struktur bangunan pelanggan. Pelanggan ada pilihan seperti sama ada kontrak 1 tahun atau sambung kontrak seterusnya. Struktur pembangunan rumah kediaman dan bangunan-bangunan di zaman ini, sudah berbeza daripada bentuk, sistem saliran paip, sistem saluran elektrik dan sistem saluran telefon serta internet atau jalur lebar. Purata bangunan-bangunan ini, mempunyai saluran bawah tanah atau dibawah lantai rumah. Ia akan memberikan masalah kepada pihak pelanggan dan kontraktor pest control untuk mengetahui kedudukan sebenar saluran dan kabel sumber itu. Dengan ada nya Sistem Umpanan (sistem pintasan umpanan) atau Termites Baiting System, dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan kos kerosakkan yang akan bakal berlaku disebabkan menggunakkan kaedah sistem tebuk lantai atau Corrective Treatment (Drilling).


6. Bagaimana pula jika saya melantik pekerja pest control "part time"?
Pendapat saya terpulang pada anda, cuma nasihat saya fikir terlebih dahulu sebelum melantik pest control part time.


Ok itu sahaja perkongsian daripada saya, Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya AMIR ;

Tel : 016-338 0960
Fax : 03-9281 3682

Website : www.dpchs.com.my

Email : sales.daunservices@gmail.com









No comments:

Post a Comment