Thursday, October 15, 2015

RACUN MALATHION

RAR
RACUN MALATHION 

Kebanyakkan racun Malathion digunakan untuk mengawal populasi Makhluk Perosak seperti Nyamuk dan Ulat pokok.
Berikut adalah contoh racun yang biasa digunakan untuk kawalan Nyamuk. Nama produk boleh berubah bergantung kepada sesebuah Syarikat dan pengeluar. Akan tetapi kandungan racun adalah sama iaitu MALATHION.

Nama Produk : Hextar Malathion UL 96
Isi Kandungan (Active Ingredient A.I) : Malathion 96%
Kelas Racun : III (3)
Kaedah penggunaan :
1.       Menggunakan Diesel bercampur dengan racun.
-          Campuran mengikut sukatan yang telah diberikan ada pada label.

2.       Menggunakan Air bercampur dengan racun.
-          Campuran mengikut sukatan yang telah diberikan ada pada label.

Racun ini, digunakan oleh sebuah syarikat yang telah berdaftar dengan Jabatan Pertanian Malaysia serta mengikut syarat dan peraturan tertentu.




Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami 
016-338 0960 #SMS #Whatsapp
Website : www.dpchs.com.my

NYAMUK AEDES

NYAMUK AEDES.


HABITAT 
Namuk Aedes hanya hidup di takungan air yang bersih, seperti kawasan pembuangan sampah, bekas makan, plastik, pokok dan tumbuhan yang mampu menakung air, serta takungan air di sekeliling rumah dan di dalam rumah.

Kita fokus perkara di persekitaran rumah dan dalam rumah.



PERSEKITARAN RUMAH (LUAR RUMAH)

Walaupun rumah anda bersih daripada longgokan sampah sarap. Jangan ingat NYAMUK AEDES TIADA. Untuk pengetahuan semua, Nyamuk Aedes membiak di takungan air yang bersih iaitu air hujan dan air yang berpunca faktor manusia seperti air paip dan sebagainya.



DALAM RUMAH

Nyamuk AEDES akan aktif jika dalam rumah mempunai takungan air. Kebiasanya namuk aktif di dapur, kabinet dapur, bilik air dan kawasan mempunyai sumber air sama ada air daripada paip, hujan atau penyaman udara.



TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN.

Sebenarnya, kita tidak dapat mengelak daripada pembiakkan nyamuk, apa yang boleh dilakukan kita hanya mampu mengawal pembiakkan Nyamuk. Antara kawalan yang boleh dilakukan.
a. Penggunaan Racun Perosak
b. Tanpa Menggunakkan Racun Perosak


a. Penggunaan Racun Perosak
Penggunaan racun perosak ada 2 kaedah sahaja.
i. Pelantikkan Syarikat Kawalan Makhluk Perosak Berdaftar
ii. Racun kelas v (4) yang berdaftar


i. Pelantikkan Syarikat Kawalan Makhluk Perosak Berdaftar
Sebuah syarikat yang berdaftar dan mempunyai pengalaman serta kelulusan mengendalian penggunaan racun dari kelas i(1), ii(2), iii(3) dan kelas v (4). Syarikat berdaftar dan mempunyai kelulusan bermaksud berdaftar SSM, Jabatan Pertanian Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Untuk pengetahuan anda semua, penggunaan racun TANPA pengendalian / Syarikat berdaftar, adalah satu kesalahan di bawah AKTA KAWALAN MAKLHUK PEROSAK.

ii. Racun kelas v (4) 
Hanya racun Kelas v (4) yang berdaftar sahaja yang boleh digunakan oleh orang awam, seperti racun jentik-jentik (abate) dan semburan (aerosol). Ia ada dijual dipasaraya dan kedai runcit.



b. Tanpa Menggunakkan Racun Perosak
Kaedah seperti;
i. Pembersihan sekeliling rumah secara bejadual
ii. Pemasangan jaring
iii. Garam 

i. Pembersihan sekeliling rumah secara bejadual
Seperti memotong rumput, membersihkan halaman rumah dan membuang bahan-bahan yang boleh bertakungan.

ii. Pemasangan jaring
Pemasangan jaring pada tingkap dan pintu dapat menghalang Nyamuk dewasa daripada memasuki dalam rumah.

iii. Garam 
Garam adalah satu kaedah yang selamat daripada racun perosak, 
Saya akan kongsikan pengalaman tentang penggunaan GARAM.


GARAM
Selain penggunaan masakan, garam juga sesuai untuk mengawal aktiviti Nyamuk. Ia membantutkan dan mencacatkan tumbesaran Nyamuk. 

Anggaran nisbah iaitu Air 4liter dan Garam 5gram.

SELAMAT MENCUBA!