Friday, November 21, 2014

PEST CONTROL : BAGAIMANA HENDAK MEMBUNUH LALAT?

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya akan berkongsi pengalaman tentang cara KAWALAN LALAT. 


Bagaimana hendak membunuh LALAT?
Sebenarnya LALAT sukar untuk dibunuh atau menghapuskan populasi nya. LALAT adalah perosak kitaran semula jadi yang di cipta oleh Allah swt. Apa yang perlu kita buat sebagai Pest Control hanya lah perlu " MENGAWAL" populasi LALAT itu.


1. Selidik jenis LALAT.
LALAt terdiri pelbagai jenis, antara nya yang biasa kita jumpa ;
- LALAT buah
Biasa nya akan berada disekitar pokok buah itu, bila musim bebuah. seperti pokok buah mangga atau pokok buah ciku
.
- LALAT langau
Akan hadir bila tidak mengaja kebersihan persekitaran. Dan ada juga disebabkan cuaca persekitaran iaitu musim panas.

- LALAT rumah
Kerap biasa dijumpai di mana-mana sahaja. Dalam rumah, kedai makan dan ada juga dijumpai di komplek pasaraya yang tidak melakukan jadual pembuangan sampah yang teratur.


2. Kitaran Hayat LALAT
Anggaran kitaran hayat LALAT adalah anggaran 10hari -20hari dewasa.

3. Berapa banyak telur LALAT
Anggaran seekor LALAT betina akan menghasilkan 400-500 biji atau lebih dari itu.

4. Bagaimana hendak mengawal LALAT
Pastikan bahan makanan tertutup dan sentiasa membersihkan sisa bahan makan terutama sisa daging ayam, daging lembu, ikan, udang dan sotong.

5. Bagaimana saya hendak menghalang LALAT memasuki rumah saya.
i. Melakukan halangan fizikal iaitu mengunakan kaedah "Halangan Jaring" atau "Net Blocking" pada setiap tingkap dan ruang angin (ventilation space). 
ii. Sentiasa pintu tertutup apabila keluar dan masuk.
iii. Menggunakan tong sampah yang bertutup atau mempunyai "topi".
iv. Membersihkan sisa daging dan makanan laut di sinki dapur.
v. Membersihkan dapur memasak selepas digunakan.

6. Jika LALAT masih ada, apa yang perlu saya lakukan.
Sekiranya LALAT masih memasuki dalam rumah anda, berkemungkinan "Halangan Jaring" tidak tertutup rapi atau sudah koyak tanpa anda sedari.

7. Selain daripada kaedah di atas, apakah kaedah yang sesuai untuk menghalang populasi LALAT.
Antara nya;
i. Perangkap : Menggunakan kertas atau kotak kertas dan disapu gam. Pada permukaan gam itu, diletakkan sisa udang basah atau kering, dan boleh juga digunakan sedikit daging ayam atau daging lembu.
ii. Perangkap : Tali diikat nat (Nut) dan disapu gam serta digantung pada kawasan yang sesuai.
iii. Racun - Semburan Aeresol : Menggunakan aeresol yang ada dijual dipasaraya dan kedai runcit.
iv. Racun - Umpan : Menggunakan umpan yang ada dijual dipasaranya tertentu. Kebiasaanya, hanya syarikat Pest Control berlesen sahaja yang layak menggunakkan kaedah ini.
v. Racun - ULV Misting : Kaedah Kabut air atau titisan air seperti embun yang halus, di sebur pada persekitaran kawasan yang mempunyai masalah LALAT. Larutan air itu akan dicampur dengan racun "khas". Hanya syarikat Pest Control berlesen sahaja yang layak menggunakkan kaedah ini.
vi. Racun - Fooging : Kaedah kabut wap atau asap diesel, juga sesuai untuk mengawalan populasi LALAT. Kebiasaanya ia akan dilakukan di luar rumah. Larutan diesel akan dicampur dengan racun "khas". Hanya syarikat Pest Control berlesen sahaja yang layak menggunakkan kaedah ini.

8. Adakah kawalan semua diatas berkesan.
Keberkesanannya bergantung kepada persekitaran rumah atau bangunan anda. Dan ada masa keadaan memang populasi LALAT sangat sukar di kawalan iaitu pada Musim panas dan Musim hujan. Pengalaman saya, populasi LALAT akan aktif pada bulan Oktober sehingga November setiap tahun. Ia adalah kitaran hayat semula jadi LALAT. KIta sebagai manusia biasa atau Pest Control yang sangat berpengalaman, tidak boleh mengawalan pembiakan tersebut kerana ia adalah cipta Tuhan iaitu Allah swt. Oleh itu, seperti saya katakan seperti diatas, kita hanya boleh "mengawal populasi LALAT sahaja" dan bukan "membunuh populasi LALAT itu.


Semoga catatan saya ini dapat membantu anda semua...

SELAMAT MENCUBA..!!
Lalat - Tabiat melepak di pokok

Lalat - Terperangkap dalam Papan Gam

Lalat - Tabiat melepak di pokok

Lalat - Terperangkap dalam Papan Gam 




WE EXPERTISE;
- Pest Control
- Termite Control
- Termites Baiting System
- Rat Control
- Cockroaches Control
- Ants Control
- Birds Control
- ETC.

- Kawalan anai-anai
- Sistem Umpanan Anai-anai
- Kawalan Lipas
- Kawalan Burung
- Kawalan Tikus
- dan lain-lain



DAUN PEST CONTROL & HYGIENE SERVICES (SA0162975-H)
Suite 0913, 9th Floor, Menara A, 
MPAJ Square, Jalan Pandan Utama, 
55100 Ampang Jaya, Selangor D.E.
H/P : 016-338 0960
Tel / Fax : 03-9281 3682
Website : www.dpchs.com.my
Email : sales.daunservices@gmail.com / sale@dpchs.com.my

No comments:

Post a Comment