Monday, August 11, 2014

KAWALAN MAKHLUK PEROSAK - KAWALAN BURUNG

Assalamualaikum wbt.


Burung.

Burung adalah spesis liar dan tidak merbahaya kepada orang awam dan persekitaran. Akan tetapi jika burung membiak terlalu cepat dan banyak akan memberikan impak kepada orang awam dan persekitaran. Sebagai contoh;
1. Najis burung
2. Sarang burung
3. Bunyi yang bising

Terdapat beberapa jenis burung yang boleh dianggap memberikan masalah kepada manusia dan persekitaran bangunan. 

1. Burung Merpati
2. Burung Gagak
3. Burung Pipit 

Masalah Burung.

1. Najis
Burung akan meninggalkan najis yang akan memberikan kesan kesihatan kepada manusia dan persekitaran. 


2. Sarang
Sarang yang ada akan membuatkan kehadiran perosak lain seperti tikus, ular dan mikro organisma.

3. Bunyi yang bising
Kehadiran kumpulan burung yang kecil tidak akan memberikan masalah kepada manusia dan persekitaran. Masalah akan timbul jika tiada tindakan kawalan burung itu. Burung akan menganggap kawasan yang ini selamat daripada gangguan. Sedikit demi sedikit populasi burung meningkat dengan mendadak. Kumpulan burung akan membuat bunyi-bunyian yang akan mengganggu aktiviti manusia.


 




Kaedah Kawalan Burung.

1. Kenal pasti.
Perlu mengenalpasti jenis burung dan habitat.


2. Habitat
Mengkaji habitat dan menghalang habitat burung.


3. Halangan dan kawalan
Membuat halangan untuk membuatkan burung tersebut tidak selesa dan merasakkan kawasan itu tidak selamat bagi burung. Membuang dan menghapuskan sarang-sarang burung sediakan.


4. Pemantauan
Sentiasa melihat dan meneliti aktiviti burung, dan jangan di biarkan burung membuat sarang atau berkumpul di kawasan itu.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAYA ;

AMIR  : 016-338 0960 ( CALL / WHATSAPP)

Email : sales.daunservices@gmail.com atau sale@dpchs.com.my

Website : www.dpchs.com.my


No comments:

Post a Comment