Thursday, April 11, 2013

PENGUMUMAN PEPERIKSAAN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK & PEMBANTU PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK BIL 01/2013



 Kategori peperiksaan dan syarat-syarat adalah seperti berikut:-
1. PEPERIKSAAN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK
(a) Masa peperiksaan : terbahagi kepada tiga (3) bahagian:-
Bahagian I ( Objekti f) – 8.45 – 9.45 pagi
Bahagian II ( Subjektif ) -- 10.15 – 11.15 pagi;
Bahagian III ( Amal i) – 11.45 – 12.45 tengah hari

SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) sekurang-kurangnya tamat mengikuti Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya; atau
(b) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja sebagai Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak berlesen dalam sesuatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak; dan
(c) mengemukakan permohonan kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dengan menggunakan Borang A1 Subkaedah 5(4) dan disertakan dengan fi peperiksaan sebanyak RM150.00.

2. PEPERIKSAAN PEMBANTU PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK
(a) Masa peperiksaan : terbahagi kepada dua (2) bahagian:-
Bahagian I ( Objektif ) - 2.00 - 3.30 petang; dan
Bahagian II ( Amali ) - 4.00 - 5.00 petang

SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan dalam Tahun Enam; atau
(b) mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja sebagai seorang pekerja yang terlibat dalam pemakaian racun makhluk perosak dalam sesuatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak; dan
(c) mengemukakan permohonan kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dengan menggunakan Borang A2 Subkaedah 5(4) dan disertakan
dengan peperiksaan sebanyak RM100.00.

CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengunakan Borang A1 Subkaedah 5(4) atau Borang A2 Subkaedah 5(4) yang boleh didapati secara percuma di Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Jalan Sultan Salahuddin, 50632 Kuala Lumpur atau muat turun dari laman web rasmi kami di http://www.doa.gov.my
(b) Sebarang maklumat dan keterangan lanjut boleh didapati dari:
Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur (Tel: 03-20301400 / 1462 / 1463 / 1468)
Unit-unit negeri Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian (Kedah/Perlis: 04-7711666, Pulau Pinang: 04-5793800, Perak: 05-5068657, Selangor: 03-55445424, N. Sembilan: 06-9855144, Melaka: 06-3374300, Johor: 07-2239708, Pahang: 09-5683279, Terengganu: 09-6301140, Kelantan: 09-7479762, Sabah: 088-233961 dan Sarawak: 082-414232.

(c) Semua permohonan hendaklah mengikut syarat-syarat keperluan yang telah ditetapkan.
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
SETIAUSAHA LEMBAGA RACUN MAKHLUK PEROSAK, Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian, Jalan Sultan Salahuddin, 50632 Kuala Lumpur (u/p: Unit PCO, Perlesenan ) dengan menggunakan sampul surat 32 sm x 22 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis  peperiksaan yang dipohon samada Pemakai Racun Makhluk Perosak atau Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak.
(e) Untuk calon yang mengulang (LULUS BERSYARAT), sila tuliskan perkataan ‘MENGULANG (BAHAGIAN __ )’ di sebelah kanan bahagian atas borang permohonan.
(f) Borang permohonan yang dihantar melalui serahan tangan hendaklah disertakan dengan sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm dan dimasukkan ke dalam peti serahan yang disediakan.
(g) Permohonan yang tidak lengkap atau tidak terang dan lewat diterima samada serahan tangan atau melalui pos AKAN DITOLAK.

Nota:
Lembaga Racun Makhluk Perosak berhak untuk menghadkan jumlah bilangan calon dan menentukan kedudukan tempat peperiksaan sebenar kepada calon-calon yang layak. Sebarang rayuan mengenai
peperiksaan ini TIDAK AKAN DILAYAN.

SILA RUJUK WEBSITE : JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment