Friday, April 19, 2013

KAEDAH TERBARU : TERMITES BAITING SYSTEM - SISTEM UMPANAN ANAI-ANAI


Sistem Umpanan Anai-anai ( Termites Baiting System ) adalah salah satu kaedah kawalan Anai-anai yang sangat berkesan!!
Walaupun kaedah ini agak mahal, tetapi ia sangat praktikal dan tidak perlu merosakkan struktur bangunan pelanggan..

KRONOLOGI KAWALAN ANAI-ANAI MENGGUNAKKAN KAEDAH SISTEM UMPANAN.

02/02/2013 - Lawatan Pertama
Melawat rumah pelanggan. mendapati Anai-anai aktif di dapur kabinet pelanggan. 1 Unit Sistem Umpan (Stesen 1/AG1) dipasang. 
AG = Above Ground.

09/02/2013 - Lawatan Kedua
Umpan Anai-anai (AG1) telah dimakan oleh Anai-Anai 80%. Pemasangan Stesen AG ke 2 di pasang dilokasi yang sama stesen AG1 dan pemasangan stesen AG ke 3 pada atas kabinet yang sama.

19/04/2013 - Lawatan Ketiga.
Kesemua umpan Anai-anai AG2 dan AG3 telah habis dimakan oleh Anai-anai. Pemeriksaan mendapati Anai-anai telah tiada atau tidak aktif di kabinet tersebut.

Masalah Anai-anai di rumah pelanggan telah selesai..

Anda boleh lihat video ini : 


Contoh gambar dibawah adalah kaedah kawalan yang telah kami lakukan di lokasi Seksyen 7 Shah Alam.



Pemeriksaan mendapati, Anai-anai sudah terhapus. (Dalam kabinet dapur)


Stesen ini diletakkan di atas kabinet dapur. Tiada lagi Anai-anai aktif.

SCRUBBER AND POLISHER FLOOR MACHINE FOR SALES !!




Model : Low Speed Scrubber-175
Power : 1200 Watt
Voltage : 220V
RPM : 175RPM
Weight : 48KG
Diameter : 17"






Model : Low Speed Scrubber-154
Power : 1200 Watt
Voltage : 220V
RPM : 175RPM
Weight : 48KG
Diameter : 17"





PLEASE CONTACT FOR QUOTATION;

AMIR
HP : 016-338 0960
FAX : 03-9281 3682

Thursday, April 11, 2013

KERJA-KERJA MENGECAT BUMBUNG RUMAH DI KAJANG

TUGASAN

Tugasan mengecat bumbung bukan lah senang yang disangka kan. Melibatkan kakitangan pekerja, peralatan, cuaca dan lain-lain lagi.

Anggaran kerja 7 hari. Disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan kerja-kerja ini telah mengambil masa lebih 7hari, antara 10-14 hari.



CAT
Pelanggan yang sediakan, pihak kami hanya melakukan tugasan sahaja.
Lapisan pertama menggunakan sealer-primer-undercoat acrylic-5170-wall-sealer : 7-9 tong x 20Liter
Lapisan akhir menggunakan jenama yang sama Nippon Paint Top Coat / Finishing (Cuma tak pasti jenis apa) : 14 tong x 5liter.

1. Primer coat
2. Top coat


SENARAI PERALATAN
1. Hardness
2. Cloth glove
3. Thinner
4. Tali
5. Hock
6. Lock tali
7. Topi
8. Kain kotor
9. Tangga
10. Roller paint
11. Bekas tempat cat
12. Suratkhabar lama
13. Air minuman


10 BULAN SELEPAS KERJA
Tuan rumah memberitahu cat luntur. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas kerjaian tersebut. Kerana pendapat saya, cat luaran terutama bumbung memerlukan cat yang mempunyai 2 kompenen, Iaitu CAT dan PENGERAS CAT. Ini dapat mengurangkan faktor terhakisan cat.
Tugasan mengecat luaran tidak perlu tergesa-gesa, terutama ketika musim hujan. Ini akan menyebabkan ikatan cat pada permukaan dinding tidak kuat. Jika kelihatan langit mendung, kerja-kerja mengecat perlulah dihentikan serta merta.

SEBARANG PERTANYAAN MENGECAT RUMAH BOLEH HUBUNGI SAYA.

Berikut antara gambar-gambar kerja;











PEPERIKSAAN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK & PEMBANTU PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK BIL 01/2013

Pada 17 April 2013 Jabatan Pertanian Malaysia akan mengadakan PEPERIKSAAN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK & PEMBANTU PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK BIL 01/2013.

Adakah anda / peserta / calon peperiksaan sudah bersedia?

Saya juga adalah salah seorang yang telah menempuhi alam peperiksaan ini. Sekiranya anda seorang yang rajin membaca buku yang telah diberikan... BELUM TENTU LULUS. Dan sekiranya anda menganggap soalan-soalan tersebut senang dan anda sambil lewa ANDA PASTI GAGAL.

Bermaksud belum tentu lulus - berkemungkinan LULUS BERSYARAT.
PASTI GAGAL - ANDA SEORANG YANG CUAI DAN SAMBIL LEWA.

Anda terpaksa mengambil peperiksaan sekali lagi. Peperiksaan bukan pada tahun yang sama, tetapi tahun akan datang dan perlu ingat. Bergantung kepada LEMBAGA PEPERIKSAAN RMP (Racun Makhluk Perosak). Bukan senang kan..!!

KOS DAN MASA.
Kelalaian anda akan menyebabkan MASA dan KOS terbiar begitu sahaja.
- anda akan menyusahkan majikan.
- melibatkan kos perbelanjaan anda (biasanya calon yang akan berhutang dengan majikan iaitu perjanjian - kontra).
- terpaksa menunggu pada tahun hadapan, itu pun JIKA ADA PENGUMUMAN UNTUK PEPERIKSAAN.
- sekiranya ada secara sengaja tidak menghadiri peperiksaan tersebut. Belum tentu anda tercalon semula. Mungkin kena "skip" 1 tahun akan datang. Sebaik-baiknya ketidakhadiran anda perlu memaklum kan kepada pihak JABATAN PERTANIAN.


APA YANG PERLU SAYA BUAT???!! 
        SAYA BELUM SEDIA..??!!
              MAJIKAN PAKSA SAYA MENGHADIRINYA..!!

Sekiranya anda belum bersedia, tetapi anda mempunyai pengalaman lebih 1 tahun dalam bidang Pest Control, anda tidak perlu risau.....
1. Apa yang perlu anda lakukan, buku yang ada pada anda perlu lah dibaca atau diselak secara rambang.
2. Buat catatan ringkasan (seperti awan / carta organisasi)
3. Sasarkan membaca rambang 5-6 muka surat sehari sebanyak 2kali.


TAPI SAYA MASIH PANIK..!!
    SAYA TIDAK YAKIN AKAN LULUS..!!

Masa semakin singkat, anda perlu hadapi nya... Anggap lah peperiksaan itu sebagai cabaran seperti MP (Makhluk Perosak) yang biasa anda tempuhi.. HAHAHAHAHA...
Saya yakin, seperti mana anda boleh selesaikan masalah MP dihadapan pelanggan.

BAHAGIAN PECAHAN SOALAN PEMBANTU PEMAKAI (APAL):
1. Objektif  : Anda perlu memilih jawapan seperti A @ B @ C @ D.
2. Amali : Seperti karang.. atau secara ringkasan yang anda fahami soalan itu.

BAHAGIAN PECAHAN SOALAN PEMBANTU PEMAKAI (APAL):

1. Objektif  : Anda perlu memilih jawapan seperti A @ B @ C @ D.
2. Subjektif : Anda perlu mengisi tempat kosong yang disediakan.

3. Amali : Seperti karang.. atau secara ringkasan yang anda fahami soalan itu.

PASTIKAN ADA MEMBAWA :
1. Peralatan tulisan (pen, pensil pemadam dan lain2)
2. Kalkulator (stanby)
3. I/C
4. Slip calon peperiksaan
5. Yang lain2 seperti yang telah dinyatakan dalam slip yang anda telah terima.


AMARAN : SEKIRANYA ANDA MENIRU ANDA AKAN DIHALAU KELUAR..!!


      ANDA PASTI BOLEH MENYELESAIKAN SOALAN                                                                                     
                        PEPERIKSAAN ITU..!!!


SAYA BOLEH MEMBERIKAN LATIH SEKIRANYA ANDA MEMERLUKAN


PENGUMUMAN PEPERIKSAAN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK & PEMBANTU PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK BIL 01/2013



 Kategori peperiksaan dan syarat-syarat adalah seperti berikut:-
1. PEPERIKSAAN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK
(a) Masa peperiksaan : terbahagi kepada tiga (3) bahagian:-
Bahagian I ( Objekti f) – 8.45 – 9.45 pagi
Bahagian II ( Subjektif ) -- 10.15 – 11.15 pagi;
Bahagian III ( Amal i) – 11.45 – 12.45 tengah hari

SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) sekurang-kurangnya tamat mengikuti Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya; atau
(b) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja sebagai Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak berlesen dalam sesuatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak; dan
(c) mengemukakan permohonan kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dengan menggunakan Borang A1 Subkaedah 5(4) dan disertakan dengan fi peperiksaan sebanyak RM150.00.

2. PEPERIKSAAN PEMBANTU PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK
(a) Masa peperiksaan : terbahagi kepada dua (2) bahagian:-
Bahagian I ( Objektif ) - 2.00 - 3.30 petang; dan
Bahagian II ( Amali ) - 4.00 - 5.00 petang

SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan dalam Tahun Enam; atau
(b) mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja sebagai seorang pekerja yang terlibat dalam pemakaian racun makhluk perosak dalam sesuatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak; dan
(c) mengemukakan permohonan kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dengan menggunakan Borang A2 Subkaedah 5(4) dan disertakan
dengan peperiksaan sebanyak RM100.00.

CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengunakan Borang A1 Subkaedah 5(4) atau Borang A2 Subkaedah 5(4) yang boleh didapati secara percuma di Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Jalan Sultan Salahuddin, 50632 Kuala Lumpur atau muat turun dari laman web rasmi kami di http://www.doa.gov.my
(b) Sebarang maklumat dan keterangan lanjut boleh didapati dari:
Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur (Tel: 03-20301400 / 1462 / 1463 / 1468)
Unit-unit negeri Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian (Kedah/Perlis: 04-7711666, Pulau Pinang: 04-5793800, Perak: 05-5068657, Selangor: 03-55445424, N. Sembilan: 06-9855144, Melaka: 06-3374300, Johor: 07-2239708, Pahang: 09-5683279, Terengganu: 09-6301140, Kelantan: 09-7479762, Sabah: 088-233961 dan Sarawak: 082-414232.

(c) Semua permohonan hendaklah mengikut syarat-syarat keperluan yang telah ditetapkan.
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
SETIAUSAHA LEMBAGA RACUN MAKHLUK PEROSAK, Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian, Jalan Sultan Salahuddin, 50632 Kuala Lumpur (u/p: Unit PCO, Perlesenan ) dengan menggunakan sampul surat 32 sm x 22 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis  peperiksaan yang dipohon samada Pemakai Racun Makhluk Perosak atau Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak.
(e) Untuk calon yang mengulang (LULUS BERSYARAT), sila tuliskan perkataan ‘MENGULANG (BAHAGIAN __ )’ di sebelah kanan bahagian atas borang permohonan.
(f) Borang permohonan yang dihantar melalui serahan tangan hendaklah disertakan dengan sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm dan dimasukkan ke dalam peti serahan yang disediakan.
(g) Permohonan yang tidak lengkap atau tidak terang dan lewat diterima samada serahan tangan atau melalui pos AKAN DITOLAK.

Nota:
Lembaga Racun Makhluk Perosak berhak untuk menghadkan jumlah bilangan calon dan menentukan kedudukan tempat peperiksaan sebenar kepada calon-calon yang layak. Sebarang rayuan mengenai
peperiksaan ini TIDAK AKAN DILAYAN.

SILA RUJUK WEBSITE : JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

Sunday, April 7, 2013

REQUEST FORM

Request Form

Request Form

Request Form

For : Pest Control, Fumigation, Hygiene Services, Cleaning Services