Monday, November 10, 2014

RACUN PARAQUAT DIPERKETATKAN PENGUNAANNYA DI MALAYSIA

RACUN PARAQUAT DIPERKETATKAN PENGUNAANNYA DI MALAYSIA

Berikut adalah kenyataan daripada Bahagian, Kawalan Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia.


HENTIKAN PENGGUNAAN PARAQUAT DI MALAYSIA - Apa Kata Anda?
Bhg. Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia 
(idris bald)
Bagi pengusaha pertanian mungkin perkataan PARAQUAT sudah tidak asing lagi kepada mereka. Manakala bagi segelintir masyarakat luar bandar terutama masyarakat di ladang-ladang (estate) atau di Felda juga mungkin sangat mengenal akan racun serangga ini yang kadang kala menjadi buah mulut setempat berlaku kes membunuh diri. Ini kerana paraquat yang terkandung di dalam racun rumpai ini sangat dikenali kerana menjadi pilihan dalam banyak kes membunuh diri kerana sifatnya yang sangat toksik secara akut. Kes keracunan akibat penggunaan paraquat juga sering mendapat liputan kerana selalunya ia berakhir dengan tragedi kematian.

Tiada penawar (antidote) bagi penyalahgunaan paraquat sekiranya sesaorang terambil atau terminum paraquat dalam kuantiti tertentu, besar kemungkinan mangsa tidak dapat diselamatkan daripada kematian. Penggunaan paraquat yang tidak mengikut peraturan juga akan menyebabkan kesan buruk jangka panjang kepada pengguna atau pengendalinya seperti dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan pernafasan, kanser kulit dan penyakit Parkinson.

Kajian saintifik juga membuktikan bahawa penggunaan paraquat dalam aktiviti pertanian menunjukkan bahawa paraquat tidak mudah terurai (persistent) di dalam tanah. Ini kerana kemampuan paraquat bertahan dalam tanah (half-life) boleh mencapai tempoh masa yang lama iaitu hingga melebihi 1000 hari. Ia juga boleh dibawa dalam larian air bersama mendapan yang menjadikannya berpotensi untuk mencemarkan air bawah tanah.

Di Malaysia, paraquat didaftarkan untuk mengawal rumpai di semua peringkat umur tanaman terutama di ladang kelapa sawit, getah, kelapa, koko, pisang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Penggunaan paraquat di negara ini tertakluk kepada beberapa sekatan (restricted use) dengan memastikan agar penggunaannya mengikut cara yang selamat bagi mengelakkan kesan negatif kepada kesihatan pengguna, organisma bukan sasar dan alam sekitar.

Pengharaman penggunaan racun paraquat di Eropah telah bermula seawal tahun 1984 lagi di atas sifat toksik racun ini terhadap manusia serta kesan kepada alam sekitar. Sweden merupakan negara pertama mengharamkan penggunaan paraquat diikuti dengan Finland (1986), Switzerland (1989), Denmark (1994), Norway (1991), Austria (1992), Slovenia (1997) dan Norway (1993). Sementara tiga Negara Asia mengikuti jejak negara-negara Eropah iaitu Cambodia, Kuwait dan Qatar mengharamkan penggunaan racun paraquat sejak tahun 2003. 

Di Amerika (USA), penggunaan paraquat masih lagi dibenarkan namun penggunaannya dikawal ketat dengan memastikan pematuhan beberapa syarat yang ketat untuk melindungi pekerja atau pengguna serta orang awam daripada risiko yang tinggi akibat penggunaan paraquat. Antara syarat yang dikenakan termasuklah penggunaan terhad untuk pengguna berlesen serta mewajibkan pemakaian Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) semasa pengendalian. Manakala penyataan amaran dan awas khusus dimasukkan pada label untuk panduan pengguna. Tempoh sekatan masuk ke ladang yang baru disembur (Re-entry Interval) juga dikenakan dan mesti dipatuhi serta memastikan penggunaan paraquat tidak akan menimbulkan masalah hanyutan semburan (Spray Drift). Selain daripada itu larangan keras terhadap penggunaan paraquat di kawasan perumaham, sekolah, taman rekreasi, padang golf dan taman permainan.

Syarat-syarat di atas mungkin tidak menjadi masalah dan mampu dipatuhi di USA kerana penggunaan racun perosak seperti paraquat hanya dilakukan pada musim panas (bukan sepanjang tahun). Penggunaan pakaian PPE yang lengkap adalah lebih selesa digunakan di negara beriklim temperate, serta kesedaran dan kesediaan pengguna racun perosak di negara itu mematuhi syarat yang telah ditetapkan jika dibanding dengan suasana dan penerimaan pengguna dikebanyakkan negara-negara sedang membangun di sebelah Asia. Faktor tidak memperdulikan arahan dan amaran serta langkah keselamatan yang tercatat pada label menyebabkan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi kesedaran kepada pengguna khususnya para petani kerap menemui kegagalan. 

Justeru, kawalan dan penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dilaksanakan untuk melindungi pengguna daripada terus terdedah kepada bahaya paraquat.



Kesan Praquat pada mata pengendali

BAHAYA : Pengendalian racun yang tidak menggunakkan PPE

Kesan Paraquat pada kaki pengendali

Contoh Racun Paraquat

Bagaimana racun memasuki dalam badan manusia?

Penggunaan PPE yang betul

Antara PPE yang perlu sentiasa 


Anda boleh layari ke LINK ini ; www.doa.gov.my/PARAQUAT

TERIMA KASIH MELAYARI BLOG INI....


No comments:

Post a Comment